Showing posts with label cERiTa RaYa PoSe. Show all posts
Showing posts with label cERiTa RaYa PoSe. Show all posts

Monday, August 22, 2011

++RAyA DaTAnG rAmaDhAn PerGi++


cepat sungguh msa berlalu.....tup2 SYAWAL nk menjelma....dlu msa kecik2 kemain seronok bila nk raya.....skrg ni umur dh makin meningkat rasa sedih plak bila RAMADHAN nak meninggalkan kita.....yela dh msa stage suku abad ni kenelah matang skit bab2 ni...bak kata lagu fauziah latiff
''TUA MENGEJAR KITA''

raya skrg ni seronok pada kanak2 je....sonok kan jd kanak2 tal payah pk apa...pk happy je main je...bila dh cecah umur cm skrg mcm2 nk pk...haishhh itu ini sana sini.....teringat kecik2 dlu arwah abah smangat bwk kami adik beradik beli bju raya...dlu2 tmpat wajib taiping the store....then buke pose kat bomba tepeng mkn yong tau fu heheh...kalu kat ipoh kat area kamdar...buke pose kat taman tkk....owh memori yg sgt indah.....tak taula bila en sam jd bapa nnti rasanya sama cm arwah abah...sbb dia adalah klon abah... :)

tahun ni persiapan cm tak meriah...ntah la aku pun tak tau...hehhe bab2 kuih aku tak byk beli....buat almond london mmg wajib...taun ni tak buat pun cornflake...tak taula malas melanda...oder kuih pun skit2 je...yg mmg sedap je...bwk balik kg...bwk umah mak...

taun ni giliran kampung en sam....2 hr before raya kami akan balik..then raya kedua balik kuala plak....shopping raya belum lagi...tp dh survey...ingat sebelum lik kg nk terjah tmpat yg di survey....tema taun ni tak tau lg...kene tgk mood boss heheh mybe sebelum balik kg nk makeover umah...dh bising kat abg sam nk ubah kedudukan....bosan sma je...mood pun takde dh...kali ni nk pakse buat...brg2 dh ready dh...erm umah sewa ni m maleh nk kemas...tp bohsan gak...insyaallah taun depan leh dpt umah baru...

hmmm peruntukan tahun ni alhamdulilllah...rezeki bertambah...taun ni rezeki ramdhan sgt2 byk.... :)

ingat nnti mau g window soping dgn syafura hehehe :) oklah jmpe nnti...selamat hari raya n maaf zahir dan batin dr

saya kami dan dia serta en sam :)

Thursday, August 26, 2010

++PeRsiAPaN rAyA++


alhamdulillah...pejam celik pejam celik dh masuk pertengahan RAMADHAN...kejap betuil masa berlalu...rasa baru je lagik bermulanya RAMADHAN...

this year kami masih sambut berdua lagik... :) belum rezeki lagik kami nk sambut bertiga...walo apa pun aku n en suami tetap bersyukur atas semuanya...jadi jgn tanya lagik k...sbb kami berdua dh ready after planning setahun...tggu n lihat aja k....kalau dh rezeki tak kemana kan???

erm nak masuk SYAWAL ni persiapan ala kadar jerk...taun ni turn umah lak...last year raya 1st kat selama...waaaa sedih pun ada heppy pun ada...yela dh almost 23rd tahun raya kat umah sendiri hehehe...lawak tuil...memula pagik raya ok tiada adegan sawan tangis hahah aku tak tipon pun umah mak..sbb aku tau lau tipon kompom banjir sg kuning tu hahahah at last raya kedua aku pun tak tahan nk kol jugak...kol2 dgr kt umah mak riuh rendah ngn sedara mara aku yg sedia maklum ramainya...(semua berkumpul umah mak aku after opah dh tiada) lagik bikin aku panas yong perangat aku...huwaaaaaaa terus nangis hahaha tp lari masuk bilik hahah nampak di en suami dia gelakkan aku hahah lawak tuil...heheh yela aku ni kan mulut murai so dh beser riuh rendah hehehe

taun ni takder adegan sawan tangis kot hehehe tapi tak tau lak en suami tu hehehe opsss jgn mara abg hahaha alaa syg tau abg tu raya mana pun abg steady jerk hehehe sebenarnya syg pun tak kisah mana2 asaikan abg ada...tp apa2 pun kene ikut turn jugak hehehe yg tu mmg hakikat k...hehhehe

so berbalik pada persiapan taun ni...as usual mcm taun2 sebelum ni buat kuih ALMOND LONDON & BISKUT CORNFLAKES...ingat nk cube buat yg lain tp tak taulah...ske makan tart nenas tp cm payah jerk nk wat...boli aja sebekas tuk makan heheheh sedapnyer tart nenas...sgt ske hehehe erm mak cm beser buat MAKMOR & MAZOLA...walopun nampak senang bancuh kui2 ni tp part yg maleh skali time nk terap mazola n gentel cookies almond london n makmor...haish sakit pinggang woo dok lelama...sampai satu tahap aku sampai meniarap hahah sampai yong panggil kui aku wat kui meniarap hahaha (yg pasti halal n suci bersih ok!!!)

hrmmm tau ni kami planning nk tangkap gambar family...last tangkap gambar 6 years ago...1st raya without abah :( sedih gak sbb before abah pergi dh byk taun kami nk g tangkap gambar...tp tak jadik2...cam tau2 jerk dia namo ada gambar 1 family...abah bg cm2 alasan...taun pertama abah kata sampin takder...taun kedua abah kata songkok takder...last2 taun ketiga abah yang takde...sob sob (tetiba sedih tingat kat abah...abah jua rindu abah sgt2 :( huhu)

ermm apa2 pun life must go on...taun ni kami tetap sambut cm beser...apa2 pun nanti akan di update lagik...ok calo...

p/s: abg...u dapat bonus jgn lupo isteri u yg sorang ni...(ada yg lain ker?? heheh) u sponsor baju raya sudah heheeh


Tuesday, August 10, 2010

++SaLaM rAmADhAn++

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1

Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agarmeneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

Malam ke 5

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang- orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7

Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9

Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10

Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11

la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12

la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13

la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15

Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22

la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

selamat berpuasa kepada semua...mohon ampun dan maaf dari kami berdua..semoga RAMADHAN kali ini penuh makna dan jugak bermakna buat kami berdua..bulan2 posa ni mailah kita sama2 tingkatkan amalan kita yerk...bukan bulan pose jerk bulan lain pun sama...heheh

SELAMAT BERAMAL