Saturday, June 18, 2011

++DOA MeMpErOLeHi ZuRiAt++

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
Baca Bismillah 1 kali

Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali

Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan.
Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."

Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" 333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

juga beberapa doa yg lain juga....

1. Solat taubat 2 rakaat
    2. Solat hajat 2 rakaat- niat untuk dapat zuriat

    3. Doa Nabi Ibrahim : Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii
    "Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku."

    4. Baca ayat : " Rabbi habli milladunka zurriyyatan toyyibatan Innaka sami' uddua" - ayat 38 Surah Al-Imran
    Wiridkan ayat ini 40 kali lepas tu doa minta pada Allah

5. amalkan juga membaca surah AL-ANBIYA'A ayat 89...(Doa Nabi Zakaria)

''ingatla akan Zakaria ketika ia menyeru..YA TUHANKU,janganlah KAU biarkan daku seorang diri

tanpa beranak dan ENGKAU sebaik-baik yang mewarisi...''

INSYAALLAH dengan keberkatanNYA...



aloo comeinya...terbekenan kat gambar ni... :)

2 comments:

Unknown said...

Huhu.... Level-level anda yang sesuai membuat enrty sebegini....

Insyaallah... nanti akan ada.. rezeki orang lain.-lain....

('',)MiSs mRs.SaMsOL said...

heheh step by step org kata heheh tu la rezeki lain2...tu semua kuasaNYA...sharing is caring...share dgn pembaca :)